Kuiz Sambung Ayat Surah Al-Qiyamah
سُورَةُ القِيَامَةِ
- Surah ke-
- 75
- Bilangan ayat
- 40
- Golongan
- Makkiyah
Terletak dalam juz 29.
Surah Al-Qiyamah ialah surah ke-75 dalam mushaf, tergolong dalam Makkiyah, dan terdiri daripada 40 ayat. Kuiz pada halaman ini melatih anda menyambung ayat demi ayat, dan keputusannya dicatat pada peranti anda supaya anda dapat melihat bahagian yang masih perlu diulang.
Ayat pembuka
-
لَآ أُقْسِمُ بِيَوْمِ ٱلْقِيَٰمَةِ
1. Aku bersumpah dengan Hari Kiamat;
-
وَلَآ أُقْسِمُ بِٱلنَّفْسِ ٱللَّوَّامَةِ
2. Dan Aku bersumpah dengan "Nafsul Lawwaamah" (Bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)!
-
أَيَحْسَبُ ٱلْإِنسَٰنُ أَلَّن نَّجْمَعَ عِظَامَهُۥ
3. Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)?